HOME


Saturday 30 April 2011

Surat beranak Obama...Presiden Amerika syarikat (USA)


Salinan surat beranak ini disahkan sendiri keasliannya daripada Pendaftar Negeri di Jabatan Kesihatan Hawaii.

Friday 15 April 2011

Mata Dajjal di Mid Valley


Seorang pengunjung blog ini menghantar emel kepada kami mengatakan bahawa pelan lokasi Midvalley, Petaling Jaya jika dilihat menggunakan Google Maps adalah berbentuk Mata Dajjal (All Seeing Eye). Pengunjung tersebut juga tidak menyatakan sumber asal maklumat ini.

Di sini, kami lakarkan semula bentuk ‘mata’ tersebut berdasarkan imbasan carian Google Maps


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.
Di bawah ialah alamat APCO Worldwide yang menggunakan pejabat yang sama dengan Mind Team Sdn Bhd

Disyaki minuman "COCA COLA" mempunyai alkohol


Laporan dari CNN, CBS dan Al-Jazeera membuktikan bahawa Coca Cola meletakkan alkohol sebagai salah satu ramuan tradisi di dalam minuman tersebut. Kementerian Pengguna juga perlu buat penyelidikan terhadap air Coca Cola ini dan umumkan di akhbar sama ada mempunyai alkohol atau tidak

Palestin : Perjuangan Yang Tak Pernah Sudah


dibunuh seperti haiwan.


perjuangan dari kecil.
generasi pelapis, hebat2 anak-anak ini.

pelapis mujahidah
kesan bedilan peluru
kesan bedilan senjata Israel
muslimah jadi mangsa
kanak-kanak apatah lagi
nyawa rakyat palestin sangat murah bagi tentera Israel

tak kira umur, asalkan rakyat palestin, kena bunuh, ugut.

Umat "Super" : Kita Pernah Menggenggam Gelaran Itu


Bismillah.

Teringat dalam satu ayat di dalam Al-Quran, surah Ali Imran ayat 110 yang menyebut tentang peranan umat Islam apabila ianya dilahirkan khusus untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada dunia dan masyarakat atas beberapa sebab :


  • kerana umat ini beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya.
  • kerana umat ini melakukan perkara yang makruf dan mencegah perkara mungkar.

Umat Islam adalah umat yang terbaik, perkataan "khair" dalam ayat tersebut adalah isim tafdhil yang menunjukkan makna yang tinggi atau yang terbaik. Seseorang manusia dikatakan cemerlang dalam peperiksaan apabila mendapat markah dan keputusan yang terbaik, seseorang yang hebat dalam bidang penyelidikan dan akedemik diberikan satu-satu anugerah atas sebab mempunyai rekod yang terbaik, seseorang bapa yang dapat mendidik anak-anaknya adalah disebabkan menyediakan kemudahan, didikan, keperluan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Maka begitu juga dengan umat Islam, ianya dilahirkan dalam keadaan yang terbaik, untuk melahirkan individu lain yang terbaik, keluarga yang terbaik, masyarakat yang terbaik, bahkan negara dan daulah yang terbaik.


Salahuddin Ayubi

Untuk menjadi yang terbaik, laluannya sangat sukar, sangat mendukacitakan, sangat penuh dengan cabaran dan dugaan, manakan tidak seorang yang ingin berbuat baik demi masyarakat akan dicemuh, seorang yang berdakwah dengan membawa nama Islam akan dihina, diherdik, seorang yang berkata tentang tarbiyah dan dakwah di kampus akan dicemuh sebagai golongan pelampau, penuh emosi, penghukum dan sebagainya.

Sebab itulah Allah Taala meletakkan syarat, untuk kamu menjadi umat yang terbaik, segerakan amar makruf dan cegahlah kemungkaran. Umat Islam hari ini tak lebih seperti "singa yang takut kepada tikus". Kita ramai, kita cukup bilangan, kita ada di segenap negera dan tempat, tapi kita lemah, takut, bacul, khianat, ego, pentingkan diri sendiri, berpecah sesama sendiri. Sebab itulah kita bukan lagi umat yang "Super".



salahuddin dalam Filem Kingdom of Heaven

Kita ditarik gelaran hebat itu, "Super" bukan milik kita lagi. Milik orang lain.
Kita dahulu ada Salahuddin Ayubi yang pernah membebaskan Al-Quds.
Muhammad Al Fateh yang pernah menarah bukit, menarik kapal-kapalnya melalui bukit.
Semuanya hebat-hebat belaka.


meriam diraja Al - Fateh

Namun sekarang, kita perlu mengorak langkah baru, perancangan baru, strategi yang lebih hebat dan berkesan.
Kerana kita kena lahirkan seribu lagi Salahuddin, seribu lagi Muhammad al -Fateh, bahkan sejuta, berbilion. Untuk kita merampas gelaran itu kembali.

Itu tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita semua.